AJK COUTURE

 RUNWAY 3R DESIGNER(R3RD)
AJK COUTURE 

NUR AFIQAH BINTI YAHYA
NOR AISYHAH FARAHANA
SITI NORAZLIN BINTI ABU BAKAR

30 JANUARI 2019 ( RABU )
- Kami telah mula membuat design

31 JANUARI 2019 ( KHAMIS ) 
- Setelah kami menyiapkan design baju, kami menunjukkan design baju di dalam group untuk meminta pendapat Puan Arinah serta rakan rakan yang lain

2 FEBRUARI 2019 ( SABTU )
- Di dalam group whatsapp EPnC, kami telah berbincang semula tentang design baju
- Kami mendapat comment daripada semua ajk dan sependapat untuk melakukan penambahbaikan
- Kami mencari pembekal baju untuk membuat tempahan mengikut bajed yang telah dibincangkan
- Kami melalukan survey dengan beberapa orang pembekal baju untuk pembandingan harga

7 FEBRUARI 2019 ( KHAMIS ) 
- Kami telah membuat keputusan untuk menempah baju dengan syarikat Cahaya Mk Resources. Harga yang ditawarkan oleh pihak syarikat sebanyak RM 21 sehelai
- Kami telah mengambil size baju untuk setiap AJK di dalam group whatsapp termasuk penyelaras kami iaitu Puan Arinah

8 FEBRUARI 2019 ( JUMAAT ) 
- Kami membuat pembayaran deposit kepada pihak syarikat

11 FEBRUARI 2019 ( ISNIN ) 
- Kami membuat kutipan duit untuk baju

12 FEBRUARI 2019 ( SELASA )
- Kami berjumpa dengan Encik Khairul selaku pemilik syarikat baju tersebut untuk mendapatkan baju yang telah ditempah serta membuat pembayaran penuh kepada beliau
- Pada waktu petang kami telah mendapati bahawa baju tersebut mengalami kerosakan dan tidak menepati dengan kehendak kami

13 FEBRUARI 2019 ( RABU )
- Kami telah berjumpa dengan Puan Arinah untuk berbincang mengenai kerosakkan baju tersebut
- Kami mencari penyelesaian dan alternatif lain untuk penempahan baju ini
- Kami telah mendapat balik pulangan duit daripada syarikat tersebut

14 FEBRUARI 2019 ( KHAMIS )
- Kami telah berjumpa dengan Encik Zul selaku pembekal baju untuk kami berbincang dengan design serta penempahan baju kami
- Encik Zul telah bersetuju untuk membuat baju kami dengan waktu yang telah kami tetapkan dan menawarkan harga sebanyak RM 25
- Kami telah memaklumkan di dalam group whatsapp bahawa setiap AJK perlu membuat penambahan duit sebanyak RM 4

15 FEBRUARI 2019 ( JUMAAT ) 
- Encik Zul telah menunjuk sample baju mengikut size
- Kami membuat pembayaran deposit kepada Encik Zul

19 FEBRUARI 2019 ( SELASA )
- Kami telah menerima baju yang baharu oleh Encik Zul
- Kami meneliti setiap baju tersebut dan kami berpuas hati dengan hasil yang diberikan
- Kami membuat pembayaran penuh kepada Encik Zul



0 Comments