Pencemaran air dalam pertanian

Pencemaran air dalam pertanian


Air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hampir semua aktiviti yang dilakukan memerlukan air. Oleh itu, air merupakan keperluan asas yang penting.Pada masa dahulu, air bersih boleh diperolehi dari sungai dan tasik.Namun malang sekali, punca air bersih semakin berkurangan dan amat sukar diperolehi kerana berlakunya pencemaran air. Air kini perlu dirawat dulu sebelum selamat digunakan.

Pencemaran air berlaku adalah hasil daripada aktiviti manusia sendiri. Antaranya ialah penggunaan baja kimia dalam pertanian untuk mengelakkan parasit-parasit yang boleh merosakkan tanaman. Hal ini menyebabkan air tercemar dan tidak selamat digunakan.

Antara punca dan kesan pencemaran air dalam pertanian ialah daripada penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendakan berlaku. Kesannya, mendakan ini akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh. 




Selain itu, penggunaan baja yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi. Ini akan menyebabkan tanah pertanian tercemar lalu mengakibatkan kandungan asid dalam tanah bertambah, lalu tanah tersebut tidak sesuai untuk digunakan bagi proses penanaman kelak.






Seterusnya, air hujan juga menjadi punca pencemaran air dalam pertanian. Dimana, punca air hujan tersebut adalah dari sisa toksik yang dikeluarkan dari kilang kilang yang menghasilkan pencemaran udara. Kesan daripada air hujan ini ialah akan menyebabkan saliran air dan takungan air akan terjejas.





Selain daripada itu, penternakan juga merupakan satu punca contohnya dalam penternakan khinzir di negara ini yang dilaksanakan sejak 1970-an. Penternakan ini biasa bergiat secara haram dan tiada peruntukan untuk membina sistem pengurusan sisa yang teratur terutama sistem alahan efluen kumbahan najis. Ini menyebabkan sungai tersumbat dengan sisa ternakan khinzir kerana penternak membuang sisa itu ke dalam sungai. Penternak berasa dengan kaedah ini mereka boleh mengurangkan kos dan seterunsya memperolehi keuntungan tinggi. Kaedah ini mendedahkan pekerja ladang kepada penyakit. Contohnya, di Melaka, apabila alam sekitar terjejas malah kesihatan awam yang terkena tempias. Senario ini yang kita nampak ialah merebaknya penyakit disebabkan pengurusan yang amat lemah dan keadaan ladang itu sendiri.



Kesimpulannya, air ialah sumber yang penting kepada manusia. Permintaan air yang kian meningkat dan kemusnahan kualiti air yang semakin serius merupakan dua isu utama pada masa kini. Secara umum sistem semula jadi mampu membersihkan air yang tercemar namun kadar pencemaran yang kian meningkat akibat aktivit manusia telah membuatkan proses pemulihan semula jadi tidak lagi mampu untuk membersihkan air. Justeru isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran air khusunya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal di tahap yang paling minimum.


PREPARED BY,
POWERPUFF








0 Comments